b

♥ TuToR!aL 7: Windows 2003 Server


Langkah-langkah untuk install system operasi pada PC server sebagai berikut :
1. Masukan master CD Windows Server 2003 ke dalam CD-ROM anda, kemudian restart komputer anda. (Pastikan setting boot  pada CD-ROM)

2. Komputer akan melakukan proses Booting melalui CD-ROM anda yang telah berisi CD master Windows Server 2003.

3. Tekan  Enter. Maka akan tampil seperti gambar di bawah ini.
install-windows-2003-1 

4. kemudian Windows Server 2003 akan menampilkan tampilan selamat datang seperti terlihat pada gambar di bawah ini.
install-windows-2003-2


5. Tekan l Enter untuk Setup Windows Server 2003. 
install-windows-2003-3


6. membuat partition pada windows 
install-windows-2003-4


7. Windows Server 2003 akan meminta untuk melakukan format terhadap Hard Disk / Partisi yang akan digunakan pada proses Instalasi Windows Server 2003. Jika anda memilih Partisi C sebagai tempat instalasi windows, arahkan posisi ke partisi C, lalu tekan enter untuk melanjutkannya.
Setelah itu pilih file system yang ingin digunakan. Secara Umum terdiri dari dua jenis, yaitu : NTFS dan FAT.
install-windows-2003-5


8. Windows Server 2003 akan mem-format Hrd Disk / Partition Hard Disk yang akan digunakan untuk Install
install-windows-2003-6


9. Setelah proses format Hard Disk / Partisi Hard Disk selesai dilakukan, maka Windows Server 2003 akan copy seluruh file-file install Windows Server 2003.
install-windows-2003-7

10. Setelah proses copy seluruh file-file installWindows Server 2003 selesai, windows mulai untuk di install seperti  gambar di bawah ini.
install-windows-2003-8


11. Windows Server 2003 akan mengeluarkan Regional and Language Options seperti terlihat pada gambar di bawah.
install-windows-2003-9


12. Klik Next,  akan muncul Personalized Your Software. Masukkan  Nama dan Organisasi 
install-windows-2003-10


13. Klik  Next, akan keluar  Your Product Key. Masukkan 25 digit key produk atau biar bagi yang tiada produk key.
install-windows-2003-11

14. Setelah itu masukan Licencing Modes klik Next. 
install-windows-2003-12

15. Masukan Nama Komputer dan Password Administrator dari Windows Server 2003. Kemudian klik  Next. 
Nama Komputer tidak boleh diisi sembarangan, kerana akan terkaitan dengan proses konfigurasi yang lainnya.
install-windows-2003-13

16. Masukan Tarikh dan Waktu komputer kemudian klik  Next.
install-windows-2003-14

17. Windows Server 2003 akan menampilkan  Networking Setting. Pilih Typical setting.
install-windows-2003-15

18. Tunggu beberapa saat
19. Windows Server 2003 telah selesai di Install, langkah berikutnya login ke dalam komputer tersebut dengan menekan keyboard CTRL + Alt + Delete secara serentak.
20. Masukan User name dan password administartor, kemudian klik  OK.

♥ TuToR!@L 6: Install Ubuntu 11.10




Ubuntu 11.10 atau kod namanya Oneiric Ocelot telah dilepaskan beberapa hari lalu. Sekiranya anda bercadang untuk mencubanya sendiri di dalam komputer/laptop anda, berikut adalah cara-cara mudah proses pemasangan yang boleh diikuti satu persatu.

1. Muatturun ISO Ubuntu di http://www.ubuntu.com/download/ubuntu/download. ISO Ubuntu ini bersaiz hampir 700MB. Sekiranya anda mempunyai internet yang terbatas, sila minta pertolongan kawan untuk memuatturun fail ini.

2. Burn fail ISO berkenaan ke dalam CD/DVD (dalam bentuk CD Image dan bukannya dalam bentuk data)

3. Setkan boot priority pada BIOS komputer anda supaya membaca CD/DVD drive terlebih dahulu sebelum HD. Sekiranya komputer anda tidak boot ke dalam Ubuntu, kemungkinan besar masalahnya adalah disebabkan boot priority ini.

4. Masukkan CD/DVD Ubuntu 11.10 tadi ke dalam tray CD/DVD kemudian restart komputer. Anda akan mendapati komputer akan boot ke dalam CD sekiranya boot priority adalah tepat.

5. Anda akan melihat skrin berikut muncul. Tekan [ENTER] pada keyboard untuk membuat pemilihan bahasa. Dalam tutorial ini saya menggunakan "English".



6. Pada paparan kedua ini, saya lebih menyarankan anda memilih [Try Ubuntu without installing]. Sekali lagi tekan [ENTER] pada keyboard untuk membuat pemilihan.



7. Selepas anda masuk ke desktop live cd ubuntu, double-click pada ikon [Install Ubuntu 11.10].



8. Tetingkap seperti di bawah akan muncul. Sekali lagi, pilih [English] dan klik [Continue].



9. Langkah ini akan membuat semakan adakah komputer anda mempunyai ruang untuk pemasangan Ubuntu. Saya tidak menyarankan anda untuk tick pada 2 pilihan di bawah kerana ia melibatkan proses memuatturun data dari internet yang mungkin akan melambatkan proses pemasangan. Klik [Continue].



10. Langkah ke 10 ini akan menentukan dalam ruangan mana Ubuntu 11.10 akan dipasang. Ada 2 kes yang saya akan ulas di sini memandangkan langkah ini antara yang terpenting.

10.1 Hanya untuk pengguna advance sahaja.
Pilih [Something else] kemudian klik pada [Continue].



Kemudian, pilih partition yang ingin dipasang Ubuntu ke dalamnya. Pastikan ianya di format kepada filesystem yang anda kehendaki dan disetkan mount point kepada "/". Anda juga perlu mencipta partition swap anda sendiri sekiranya memilih langkah 10.1 ini.



10.2 Pilih [Erase Disk & Install Ubuntu]

Anda akan dibawa ke paparan berikut. Pilih partition yang ingin anda pasang Ubuntu pada [Select drive]. Grafik di bawah akan menunjukkan keadaan partition tersebut setelah Ubuntu dipasang padanya. Klik [Install Now].



11. Sambil proses pemasangan berlansung, anda akan dipaparkan beberapa paparan tetapan seperti berikut.

11.1 Tetapkan lokasi & time zone. Klik [Continue].



11.2 Tetapkan keyboard layout (biasanya English US). Klik [Continue].



11.3 Tetapkan maklumat diri & kata laluan. Klik [Continue].



11.4 Tetapkan gambar identiti anda. Anda boleh menggunakan webcam jika perlu. Klik [Continue].




11.5 Tunggu hingga proses pemasangan selesai.

Tips : Skip proses yang melibatkan muatturun data dari internet sekiranya anda mempunyai internet yang terbatas.



12. Restart komputer/laptop anda.

13. Selamat datang ke dunia Ubuntu 11.10!



Semoga bermanfaat.

♥ TuToR!@L 5: Install Windows 8

Windows 8 merupakan Windows terbaru dari Microsoft yang dilancarkan kepada orang ramai pada Oktober 2012 yang lalu. Ia membawa banyak perubahan, terutamanya dalam menyelaraskan user experience pada komputer, tablet, dan smartphone. Windows 8 juga memperkenalkan user interface baru yang dibina berdasarkan “Metro”.


Jika anda masih menggunakan Windows yang terdahulu, anda mungkin tertanya-tanya, mengapa anda perlu upgrade? Apa kelebihannya Windows 8? Apa yang saya boleh katakan adalah selain daripada sekuriti dan prestasi yang lebih baik, user interface “Metro” itu sendiri berbaloi untuk dicuba.
Cara terbaik untuk mengetahui betapa bagusnya sebuah operating system adalah dengan mencubanya sendiri. Artikel kali ini akan menerangkan langkah-langkah untuk memasang Windows 8 (anda juga boleh download artikel ini dalam bentuk PDF). Anda boleh upgrade Windows anda dengan mudah tanpa membuang dokumen anda, namun pastikan anda telah membuat backup terlebih dahulu. Mari kita mula:
(Nota: anda juga boleh melihat video tutorial untuk cara install Windows 8 di sini.)

Cara format laptop/komputer dan install Windows 8

1. Masukkan DVD/USB Windows 8 dan hidupkan komputer. Jika mesej “Press any key to boot from CD or DVD…” keluar, tekan Enter.
cara-install-windows-8
2. Window “Windows Setup” keluar. Tekan Next.
cara-install-windows-8
3. Klik “Install now”
cara-install-windows-8
4. Pilih jenis OS yang anda mahu (jika anda tidak tahu apakah perbezaannya, pilih ‘x86’) dan tekan Next.
cara-install-windows-8
5. Baca terma dan syarat yang dipaparkan. Jika anda setuju dengannya, klik “I accept the license terms” dan tekan Next.
cara-install-windows-8
6. Pilih ‘Upgrade’ jika anda ingin mengekalkan semua software yang anda telah install pada Windows sebelumnya. Jika tidak, pilih ‘Custom’.
cara-install-windows-8
7. Pilih partition mana yang anda ingin masukkan Windows, dan tekan Next (jika anda memilih partition yang telah mengandungi Windows, segala fail-fail Windows yang lama termasuk “My Documents” akan dipindahkan ke dalam folder ‘Windows.old’).
cara-install-windows-8
8. Tunggu sehingga proses pemasangan selesai.
cara-install-windows-8
9. Komputer akan restart (jika mesej “Press any key to boot from CD or DVD…” keluar sekali lagi, jangan tekan apa-apa). Kemudian berikan nama bagi komputer anda, dan tekan Next.
cara-install-windows-8
10. Pilih “Use express settings” untuk menetapkan Windows mengikut senarai yang dipaparkan, atau pilih ‘Customize’ untuk menetapkannya satu-persatu.
cara-install-windows-8
11. Anda boleh klik pada “Sign in without a Microsoft account” untuk teruskan.
cara-install-windows-8
12. Jika anda memilih untuk tidak menggunakan akaun Microsoft, tekan “Local account”.
cara-install-windows-8
13. Masukkan nama bagi akaun PC anda, dan tekan “Finish”.
cara-install-windows-8
14. Windows 8 anda sudah sedia dan boleh digunakan!
cara-install-windows-8

♥ TuToR!@L 4 : Install Windows 7





Setup atau install Microsoft Windows 7 dalam komputer adalah sangat mudah berbanding setup atau install Windows versi-versi lama seperti Windows XP, Windows Me, 98 atau 95. Masa yang ambil untuk siap proses installation pun tak lama, lebih kurang 30 minit. Kalau nak dibandingkan dengan setup Windows XP yang mengambil masa lebih kurang satu jam. Itu pun kalau komputer tu specs dia bagus.
Ada sebahagian jenis komputer memerlukan kita tekan key F12 atau F10 atau F9 untuk kita pilih untuk boot melalui media apa. Biasanya info untuk tekan key apa, ada di paparkan beberapa saat semasa komputer mula di hidupkan. Kalau pada komputer netbook HP 1Malaysia, kita kena tekan F9 untuk pilih media lain contohnya USB pen drive.

Default setting dah macam ni, tekan sahaj butang Next
Tekan butang Install now untuk memulakan install Windows
Tunggu beberapa saat.
Pilih Architecture
Setuju dengan lesen, dan tekan Next
Pilih Custom (advanced)
Pilih kat hard disk mana kita nak install Windows 7
Kalau nak ubah apa-apa pada hard disk, tekan button Drive options.
Kalau tak nak ubah, boleh tekan Next terus.
Dalam Drive options(advanced)
Windows 7 sedang diinstall
Isilah nama ikut MyKad *hehehe... lepas tu tekan Next
taip password. Ni optional. Kalau tak nak password, terus sahaja
tekan button Next. (Aku malas nak letak password)
Isi product key ('kalau ada') dan tekan Next. Kalau guna pirate,
takyahlah activate dulu.
Aku selalu pilih yang tengah-tengah.
Betulkan time zone.
Pilihan ni kalau komputer anda sedang connected pada network.
Kalau tak nak fikir banyak, pilih sahaja Public Network.
(Benda ni boleh juga diubah kemudian)
Selepas windows retart sekali, dia pun finalizing.
Okay, dah siap pun Windows 7 yang fresh baru dan suci murni.
Untuk buka Device Manager, pergi kat Start Menu > Computer dan
klik kanan mouse > klik Properties
Lepas tu klik pada Device Manager
Inilah device manager



Kat sini aku nak berkongsi mengenai cara-cara setup Windows 7. Kali ni aku nak tunjuk macam mana setup Windows 7 menggunakan CD-ROM. Lain kali aku tunjuk pulak macam mana kalau nak setup masuk dalam netbook yang tak ada CD-ROM drive, iaitu dengan menggunakan pen drive.



Langkah 1: Persediaan
Kena buat persediaan sebelum mulakan kerja-kerja install Windows 7.
Perkakas/benda yang diperlukan:
1. CD-ROM Windows 7
2. Driver-driver hardware komputer seperti display driver, sound driver, network driver etc.


Langkah 2: Boot melalui CD-ROM Windows 7
Switch on komputer dan masukkan CD Windows 7 dalam disc drive. Bila dah tutup cd drive tu, switch-off komputer semula. Lepas tu, switch-on komputer. (proses ini untuk memastikan komputer tu dapat detect cd-rom dalam drive semasa boot.)

Komputer-komputer sekarang ni kebiasaannya memang dah di set di dalam BIOS untuk enable boot melalui CD drive. Jadi semasa start komputer tu, bila ada instruction macam ni kat screen: press any key to boot from CD/DVD... cepat-cepat tekan apa-apa key pada keyboard.




Note: Cara lain untuk boot melalui CD

Lepas tu komputer akan boot melalui cd-rom Windows setup tersebut.




Langkah 3: Setup Windows 7
Sebaik sahaja berjaya boot melalui CD-ROM, kira dah senang. Cuma perlu ikut arahan pada screen.



Pasal architecture x86 dan x64 ni, tak usah pening kepala kalau tak tahu apa-apa. Pilih sahaja x86. Satu lagi sebab yang memerlukan anda memilih x86 ialah RAM komputer bawah 4GB dan hard disk kecik atau hampir penuh. Kalau x64 dia perlukan lebih kurang 16GB untuk operating system sahaja. Kalau specs komputer anda super power ranger silalah pilih x64, tapi kalau biasa-biasa aje... pilih x86 sude..


Kalau sebelum ni komputer anda ada operating system Vista, boleh pilih Upgrade. Windows XP tak boleh direct terus upgrade ke Windows 7. Jadi kena pilih Custom(advanced) untuk buat fresh install.

Kalau komputer ada banyak hard disk atau partition, dia akan paparkan kat sini untuk kita buat pilihan.

Kat sinilah kita boleh buat atau delete partition dan format hard disk atau partition. Lepas dah settle, tekan button Next untuk memulakan proses installation. Pada kebiasaannya, akau akan buat dua partition minimum untuk memudahkan kerja backup mengbackup kalau apa-apa jadik. Dalam demo ni, aku tak buat partition.

 Bila dah kat sini, bolehlah rilek-rilek sambil makan kuaci. Masa diambil lebih kurang 15-20 minit, bergantung kepada kepoweran komputer anda. Komputer juga akan restart sendiri beberapa kali. Jangan risau, biarkan sahaja sampailah ke gambar kat bawah:








 Lepas ni apa nak buat?


Langkah 4: Install device driver
Buka device manager, dan cek device mana yang tak ada driver. Gunakan cd-cd atau driver yang kita dapat masa kita beli hardware atau laptop untuk install driver-driver tersebut.



Kat Device Manager ni kita boleh periksa perkakas belum siap diinstall (yang mungkin belum ada driver atau mungkin bermasalah). Jadi, cubalah install satu-satu driver yang telah dibekalkan.

Kesimpulan
Install Windows 7 ni adalah satu kerja yang amat mudah. Boleh buat sendiri kat rumah tanpa patut ada rasa was-was dan dapat juga save RM.