(Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.)
- mengawal dan memperuntukkan ingatan;
- menjadualkan permintaan sistem;
- mengawal peranti input dan peranti output;
- memudahkan perangkaian; dan
- menguruskan sistem fail.
Sistem pengendalian pada dirinya tidak mempunyai sebarang antara muka pengguna kerana penggunanya ialah atur cara penggunaan dan bukan manusia. Sistem pengendalian ialah pelantar untuk perisian sistem yang lain dan juga untuk perisian penggunaan. Antara sistem pengendalian yang paling popular ialah Microsoft Windows, Linux, dan Mac OS. Microsoft Windows menguasai bahagian pasaran yang terbesar dalam pasaran komputer meja dan komputer riba, manakala pelayan sesawang biasanya menggunakan Linux atau sistem ala UNIX yang lain.[1] [2] UNIX juga banyak digunakan di institusi akademik. Disebabkan ia percuma dan bebas, Linux kini telah mula mendapat tempat di sebahagian syarikat yang dulunnya menggunakan Windows.
Pasaran komputer kerangka utama dan komputer terbenam pula terbahagi kepada sebilangan sistem pengendalian, dengan sesetengahnya tidak berkaitan langsung dengan keluarga Windows atau Unix.
Contoh sistem pengendalian
- Unix - Solaris, AIX, HP-UX, SCO
- Mac OS
- DOS
- Windows
- Linux - Debian, Redhat, Mandrake (Mandriva), Slackware, Gentoo, Suse
- BeOS
- OS/2
Pengelasan dan istilah
Sistem pengendalian, secara konsep, boleh dipecahkan kepada 3 komponen utama:- Antara muka pengguna
- Sistem utiliti tahap rendah (low-level system utilities)
- Inti/kernel