Virus
Newfolder.exe ini memang selalu terjadi apabila anda bertukar-tukar fail
dengan rakan menggunakan USB. Selain itu ia juga terdapat dalam fail
yang anda muat turun. Newfolder.exe ini selalunya akan menyorok
dalam fail seperti winrar dan apabila anda extract maka terlepas lah
ia..
Sesetengah
antivirus tidak dapat untuk mengesan virus jenis ini kerana terdapat
banyak variasi newfolder.exe pada masa sekarang.Oleh itu anda harus
mendapatkan software anti-virus yang spesifik untuk menangkis serangan
virus.
Bagaimana Virus Ini Berfungsi?
Virus ini berfungsi dengan menghalang (disabled) folder option,regedit, task manager
dan fail yang berkaitan dengan Windows.Virus ini juga akan menukar fail
anda kepada .exe.Sebagai contoh katakan fail anda adalah kerja kursus.doc,virus ini akan menukarkan fail tersebut kepada kerja kursus.exe yang sememangnya virus.
Software Apa Yang Boleh Menghalang?
Nak guna
anti-virus biasa pun boleh.Syaratnya kena update definition setiap hari
(daily Update).Aku cadangkan korang guna software Combofix.Khusus untuk halang virus jenis ini.
Bagaimana Untuk Mengguna Software ComboFix?
Ikuti langkah-langkah ini:
Selepas anda download Combofix, anda perlu restart balik PC anda dan masuk ke Safe Mode.Untuk
ketahui cara memasuki safe mode,kliklah di link Safe Mode.Sesetengah
antivirus ini akan mengesan software ini sebagai virus,ignore kan
antivirus anda.Software ini safe.
Combofix
akan menjalankan aktiviti selama 5-15 minit paling koman..Combofix juga
akan membuat sedikit restore point untuk anda dan mungkin akan restart
balik jika keadaan memerlukan.Jika USB anda juga telah dijangkiti,cucuk
USB anda ke Port USB.
Selepas menjalankan aktiviti,virus tersebut sepatutnya hilang dari PC dan USB anda.
Bagaimana Jika Software Ini Tidak Berfungsi?
Jangan bimbang.Guna cara manual yang saya akan ajarkan kepada anda.
1.Buang segala autorun.inf dan fail yang tak boleh dipercayai (suspicious Files) yang terdapat dalam USB.
2.Pergi ke Control Panel dan terus ke Schedule Task dan buang schedule yang mencurigakan.
3.Pergi ke Run dan taip msconfig.Pada startup tab anda cari entri yang bernama newfolder.exe atau regsvr.exe atau kedua-duanya dan uncheck pada kotak tick.
4.Buka task manager dan terus ke process tab.Cari process newfolder.exe atau regsvr.exe dan terus kill process tree.
5.Buka Registry dengan menaip regedit pada kotak Run.Terus cari (find) newfolder.exe atau regsvr.exe atau
kedua-duanya.Jika jumpa buang mereka (delete).Delete yang
berkaitan.Pastikan anda search berulangkali kerana terdapat banyak root.
6.Restart balik PC anda.
Semoga Berjaya!
http://heatzik.blogspot.com/2010/01/bagaimana-untuk-membuang-virus.html