b

♥ Format

Mengapa Perlu Format Komputer?

Format hard disk dan install Windows ke dalam komputer biasanya dilakukan kerana dua sebab, iaitu:

• Anda baru sahaja membeli komputer atau hard disk baru, jadi
  anda perlu memasukkan OS ke dalamnya.

• Windows anda rosak, hang, atau dijangkiti virus. Dan install 
   kembali Windows merupakan jalan terakhir yang terpaksa anda
   buat suapaya komputer anda kembali berfungsi seperti biasa.

( NOTASebelum membuat pemasangan, pastikan anda backup dulu dokumen yang penting ke dalam partition lain, atau lebih baik lagi ke dalam hard disk yang lain.)


Tetapkan Boot Sequence Kepada CD-ROM
Bagi memastikan komputer anda akan membaca CD Windows yang akan dimasukkan, boot sequence haruslah ditetapkan kepada CD-ROM terlebih dahulu. Dalam kebanyakan komputer, setting
ini telah sedia ditetapkan, jadi anda tidak perlu bimbang lagi. Anda boleh terus ke bahagian Format Hard Disk sekiranya tiada masalah disini.
Namun sekiranya komputer anda tidak membaca dari CD-ROM, ikuti langkah-langkah ini untuk menetapkan boot sequence:


1. Hidupkan komputer anda.
2. Tekan butang F2 (di sesetengah komputer, anda harus 
    tekan butang F1, F8, F0 F12 dan DELETE) untuk 
    melancarkan  BIOS.
3. Dalam Phoenix BIOS, pilih Advanced BIOS Features. 


4. Pilih Boot Sequence. 



5. Dalam urutan Boot Sequence, tentukan yang CD-ROM berada di bahagian atas sekali. 

6. Tekan F10 untuk simpan setting anda dan restart komputer.

(Nota: Setiap komputer mempunyai paparan BIOS yang tersendiri. Jadi,apa yang anda lihat ini mungkin berbeza dari komputer anda. Namun,konsep dan install windows tetap sama)