b

♥ Masalah Laptop Overheated



Tanda-tanda laptop overheated:

  1. Selalu shut down sendiri secara tiba-tiba.
  2. Skrin laptop tiba-tiba freeze/hang dan berlaku banyak kali.
  3. Bahagian bawah laptop berhampitan dengan kipas terlalu panas walaupun hanya Operating System (OS) sahaja yang berfungsi.  Tak bukak game pun.
  4. Biasanya bila suhunya dah terlalu tinggi laptop akan off sendiri untuk mengelakkan kerosakan pada hardware.  
  5. Bila hardware rosak terutamanya motherboard memang tinggi kos pembaikannya.  Lagi baik beli latop baru je sebab mungkin harga laptop baru lebih kurang dengan harga motherboard. Sayangilah duit anda.hehe…



Cara nak mengurangkan kepanasan laptop:

  • Kalau disebabkan habuk yang melekat pada kipas laptop, compressed air bolehlah digunakan.  Tapi nak guna kena ada skillnya dan saya masih belum mempunyai keberanian untuk mencubanya.
  • Jangan letak laptop atas permukaan yang lembut contohnya atas katil atau sofa sebab ia akan menghalang pengaliran udara di bawahnya.  Kalau tak percaya boleh try letak laptop atas katil dan atas lantai.  Rasa perbezannnya.
  • Jangan simpan laptop yang masih ‘on’ dalam beg.  Konon-konon malas nak shut down.  Skrinnya boleh rosak akibat kepanasan.  Jadi, baik hibernate atau shut down dulu sebelum simpan.


Pakai cooler pad.  Dari semurah RM 5  sampai ratusan ringgit pun 

ada (macam Cooler Master).  Kalau kaki gamers mungkin perlukan 

yang mahal ni.  Tapi kalau yang pengguna biasa yang RM10 pun

 dah cukup.  Tapi kalau mahal pun bila habuk dah melekat tak guna 

jugak kan.  Oleh itu, silalah bersihkan kipasnya selalu.  Senang je..